HOME FAMILY RECIPE BEAUTY LIFESTYLE REVIEW TIPS

Rabu, 25 April 2018

Just Seafood-Syurga Makanan Laut

Rabu, April 25, 2018 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Ada tak dikalangan korang yang suka makan makanan laut??Kalau ada apa kata korang singgah dulu di Just Seafood yang terletak di Sunway giza, Kota Damansara.Untuk korang yang gemar makan makanan laut inilah tempat yang wajib korang terjah..


Di Just Seafood menghidangkan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan konsep makanan di restoran ini adalah bertemakan ala-ala shellout gittew..Nasi Lemak Cajun merupakan antara menu utama yang wajib korang cuba disini.Nasi lemak Cajun nie bukan selalu ada tau, hanya ada pada waktu-waktu tertentu sahaja..


Terima kasih pada tokey Just Seafood iaiu Mr Terence Ham kerana telah memberi peluang untuk Nad merasai sendiri keenakan Nasi Lemak Cajun yang begitu unik sebab apa nad cakap unik ianya dihidangkan bersama dengan taburan kacang dan ikan bilis serta lambakan makanan laut yang segar seperti udang, lala, ketam, kerang, sotong, kentang, lobak haisshh memikat hati betul lah sampai makan pun tak pandang kiri kanan..


Selain Nasi Lemak Cajun, restoran ini juga menghidangkan menu baru iaitu Creamy Seafood Durian..Serius nad cakap menu nie nad tak pernah jumpa kat mana-mana kedai seafood pun..Rasa Creamy Seafood Durian nie ok la tapi tak kena dengan tekak nad..Cukup la nad dapat rasa nak makan lebih-lebih tue memang tak la sebab ada manis durian tue tak boleh masuk dengan tekak nad..Kalau korang hantu durian boleh la try makan Creamy Seafood Durian nie..


Untuk korang yang kurang gemar dengan menu Creamy Seafood Durian macam nad, jangan risau korang boleh cuba menu Golden Salted Egg Seafood nie..Dalam banyak-banyak menu, menu nie nad paling  highly recommended dekat korang sebab menu nie sedap tak terkata lagi-lagi dapat cicah dengan mantao..Mantao nie die macam cakoi tapi die bulat-bulat..Memang sedap la makan time perut tengah berdondang sayang sampai tak sempat nak snap pic mantao nie..Nanti korang tengok la sendiri rupa die macam mana kalau korang makan kat sini..

Amacam??Mengancam tak makanan laut dekat Just Seafood nie??Kalau mengamcam apa lagi bawak la family dan kawan-kawan datang sini..Tak rugi kalau korang datang makan kat sini sebab makanan seafood die tak kedekut dan pelayan restoran dekat sini friendly sangat..Nad dah cuba korang bila lagi??Bagi korang yang nak try makan seafood di Just Seafood nie, nah details die ada dekat bawah nie..

Sebelum bersurai dapat juga bergambar kenangan dengan pengacara jalan-jalan cari makan musim lalu iaitu kak Maria Tengku Sabri..




 Address : A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Business Hours : 12pm- 10.30pm (Mon – Sun)
Contact number: 012-2290855 or 03-61446366
FB : Just Seafood
IG : Just seafood

Jumaat, 13 April 2018

100 GIVEAWAY UNICORN GLITTER EYESHADOW PALLETTE & 10 SET KABUKI BRUSHES

Jumaat, April 13, 2018 1 Comments

Hai korang...Nad nak bagitahu sekarang nie tengah berlangsungnya giveaway Unicorn Glitter Eyeshadow Pallette & 10 Set Kabuki Brushes yang harus korang miliki..Caranya mudah sahaja.Korang cuma klik banner diatas tue dan korang akan terus ke page Nur Qiesya dan isi segala maklumat diri anda..End date untuk give away nie ialah pada 30 April 2018..Cepat-cepat join mana tahu rezeki anda??Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu??Hah tunggu apa lagi da jom klik banner tue ye...Ok uollss, good luck!!

Aantara hadiah yang ditawarkan :-


Boleh share dengan kawan-kawan yang lain juga..Lagi ramai yang share lagi cerah peluang untuk menang!!

Khamis, 12 April 2018

LAZADA BLOGGER CONTEST

Khamis, April 12, 2018 2 Comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua



Join Lazada Malaysia, Southeast Asia’s number one online shopping and selling destination in celebrating its 6th anniversary with the Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/)! From 25 to 27 April, enjoy more than 1,000 flash deals, up to 90% off a wide assortment of brands and products, app exclusive vouchers and many more surprises!

On this occasion, we are pleased to share with you our special Lazada Birthday Festival Blogger Contest where we will be awarding prizes to up to 65 bloggers and their friends


How to Join?

1. To take part in this contest, become our birthday party planner and imagine Lazada's 6th Birthday Party! Answer to all the questions specified below and write in your post: 

 a. Which location would you pick for Lazada's birthday party?
 b. Choose a party theme and pick one or several products on Lazada to decorate the venue.
 c. Which birthday cake will be served and which products on Lazada can help you prepare it? 
 d. Time to shine, pick your outfit on Lazada! 

2. You need to mention the Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) that will take place from 25 to 27 April 2018. 

3. The article must contain screenshots of the products mentioned in points 1.b, 1.c and 1.d. 

4. What is a party without guests? Share your post on Facebook and/or Instagram and tag 3 loved ones that you want to invite to your party!

5. Your blog must contain 3 existing posts.

6. Submit the link to your article and social shares via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Birthday Festival Blogger Contest. 

7. You are welcomed to post the article in any language. 



Prizes – More Participants, More Winners!

Winners will receive a voucher along with three more vouchers for the three friends tagged on Facebook or Instagram!


Depending on the overall number of participants there will be either 22, 43 or 65 winners

  • More than 100 Participants (RM3,100 to 22 winners and their friends):

    •  1st Prize: 1 x RM300 + RM100 for each friend
    •  2nd Prize: 8 x RM60 + RM30 for each friend 
    •  3rd Prize: 13 x RM40 + RM20 for each friend 

  • More than 200 Participants (RM6,200 to 43 winners and their friends):

    •  1st Prize: 1 x RM500 + RM200 for each friend
    •  2nd Prize: 18 x RM60 + RM30 for each friend
    •  3rd Prize: 24 x RM40 + RM20 for each friend 

  • More than 300 Participants (RM9,200 to 65 winners and their friends):

    •  1st Prize: 1 x RM700 + RM300 for each friend
    •  2nd Prize: 24 x RM60 + RM30 for each friend
    •  3rd Prize: 40 x RM40 + RM20 for each friend


The Lazada Birthday Festival banner is attached to this email, feel free to use it in your post 😊 

The Birthday Festival Blogger Contest will run from 10 to 27 April 2018. Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chances of winning! 



Khamis, 5 April 2018

Dukun-Akhirnya Kita Bertemu

Khamis, April 05, 2018 4 Comments
                            Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Mengambil masa 12 tahun untuk ditayangkan kini filem seram Malaysia yang ditunggu-tunggu sudah mula berada dipawagam hari ini..Sinopsis filem ini diadaptasi daripada kisah sebenar Mona Fandey yang mana suatu ketika dulu pernah menggemparkan 1 Malaysia dimana kes pembunuhan ngeri seorang bekas ahli politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris..Mesti ramai yang dah tau cerita pasal Mona Fandey sebab masa nie aku pun aku kecik lagi tahun 1993 kalau tak silap..Nak cerita lebih-lebih nanti da tak best la kan..Kena tengok sendiri okk..

Kite tengok watak utama dalam filem Dukun nie plak..Watak utama dalam filem Dukun ini adalah Datin Umie Aida sebagai Diana Dahlan, Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Jefri, pelanggan Diana dan mangsa akhirnya Faizal Hussein sebagai Karim, peguam Diana, Ramli Hassan sebagai Daud, Nam Ron sebagai Pegawai Penyiasat Talib, Bront Palarae sebagai Shah, Hasnul Rahmat sebagai Danni, Awaa Vanja sebagai Sara, Elyana sebagai Nadia, Sofi Jikan sebagai Fadzli, Abu Bakar Juah dan juga Chew Kin Wah..

Jom kite serbu panggung hujung minggu nie..Pastikan korang tak ada sebarang penyakit nak-nak sakit jantung..haha..Bukan apa filem genre seram nie mesti akan ade perasaan terkejut, seram, takut..Sesuai untuk korang yang berani dan kuat semangat..Pada korang yang dah tengok filem Dukun nie boleh la komen kat bawah...:)



Selasa, 27 Mac 2018

KUNYAH-KUNYAH TERUS CANTIK DENGAN SNOW CRYSTAL BY ELLDORA

Selasa, Mac 27, 2018 2 Comments


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hye uolls semua...Inginkan kulit yang cantik??Jom entry kali nie nad nak share dengan korang semua ada 1 produk nie yang mana korang boleh cantik dengan menggunakan 22 bahan yang terdiri daripada bahan semulajadi, tak payah nak cucuk sana cucuk sini just korang hanya perlu kunyah-kunyah Snow Crystal nie je terus cantik..Tak percaya??Korang wajib percaya sebab nad sendiri dah amalkan Snow Crystal by Elldora nie tau..



Sejak nad amalkan makan Snow Crystal nie nad dapat rasakan yang kulit nad da xkusam lagi..Yela mana taknye, muka kusam orang ingat kite tak sihat padahal kite sihat walafiat..Selepas kunyah Snow Crytal nie kesannya da boleh nampak seawal 2 minggu tau..Selain tue korang perlu amalkan minum air masak yang banyak untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum..Untuk pengetahuan korang semua, dalam sebotol Snow Crystal nie mengandungi 60 biji tablet..So, korang tak perlu risau hanya dengan sebotol Snow Crystal nie korang akan dapat kulit yang cantik dan peloles gittew.. 









Antara 22 bahan semulajadi yang terdapat pada Snow Crystal :

STRAWBERRY JUICE POWDER

Mencegah pembentukan radikal bebas dan memutihkan kulit
Menentang pembentukan radikal bebas. Kaya dengan vitamin C dan phytonuient yang dapat menghaluskan dan mencerahkan kulit.

ISOMALT 

Anti-oksidan, anti-penuaan, & anti-radang sifat, memutihkan kulit.Mengandungi nilai kalori & nilai glisemik yang rendah yang sangat bagus untuk mengawal berat badan berlebihan. Juga sangat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan.

VITAMIN C 

Melindungi DNA daripada tindak balas fotokimia yang membahayakan kulit & meremajakan kulit. Mencerahkan kulit dari jeragat, anti-penuaan, dan kulit lebih lembut. Memperbaiki struktur kulit.

MANGOSTEEN PEEL EXTRACT

Mengandalkan xanthones yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat.Xanthones dapat bertindakbalas dengan radikal bebas dan menghalang dari kerosakan sel kulit.

BOVINE COLLAGEN 

Sebagai agen anti-penuaan.Mengekalkan keremajaan kulit, tekstur dan penampilan kulit yang lebih anjal. Dapat membantu mengurangkan kedutan dan melawan tanda-tanda penuaan.


LYCHEE JUICE POWDER

Mengurangkan tanda-tanda cacat kulit & penuaan.Membantu menghilangkan ‘black spot’ & jerawat. Selain itu, jus laici juga dapat melambatkan proses penuaan.

L-CYSTIENE
Komponen penting untuk pertumbuhan rambut, kuku & kulit.Merupakan komponen penting untuk pertumbuhan rambut, kuku dan sel kulit. Bertindak sebagai ejen pencerah kulit & merawat masalah kulit yang lain seperti jerawat, jeragat, kedutan dan lain-lain.

RICE BRAN EXTRACT

Sangat menghidratkan kulit.Bertindak sebagai ejen pelembap yang sangat hebat.Juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya.

MINERAL PREMIX

Absorbs penyinaran UV dan had penembusan radiasi ke dalam kulit.Melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV dan juga bertindak sebagai anti-bakteria.

VITAMIN PREMIX

Komponen penting dalam struktur kulit dan memodulasi pelbagai fungsi biologi. Membentuk komponen penting dalam struktur kulit dan melancarkan fungsi sel kulit.

TOMATO EXTRACT

Kaya dengan antioksidan, melembapkan kulit, membantu kulit berminyak & rawan jerawat.Dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan mengatasi kulit berminyak.

ALOEVERA EXTRACT

Mempunyai sifat antioksidan dan anti-penuaan, mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan, melembapkan kulit. Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah disamping membantu melembapkan kulit.

POMEGRANATE EXTRACT

Menghasilkan sel kulit baru, sifat anti-penuaan.Dapat mengembalikan sel-sel kulit yang baru dan melindungi kulit daripada radikal bebas matahari.Merawat masalah kulit kering, berminyak & berjerawat.

GREEN TEA EXTRACT

Melindungi kulit dari sinaran UV, membantu kulit kering, berminyak & rawan jerawat, melembapkan kulit. Melindungi kulit dari sinaran UV & membantu mengatasi masalah kulit kering, berminyak & berjerawat, melembapkan kulit.

PAPAYA EXTRACT

Melawan tempat hitam, jerawat & mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. Mengatasi masalah bintik hitam di wajah, membantu menghilangkan jerawat & melambatkan proses penuaan.

MIXBERRIES EXTRACT

Kaya dengan anti-oksidan, anti-penuaan, mengurangkan bintik hitam, menghidrat kulit & mengurangkan keradangan kulit. Dapat mengurangkan bintik hitam & lingkaran gelap bawah mata, disamping dapat melembapkan kulit & mengurangkan keradangan di kulit.

OLIVE LEAF EXTRACT 

Ciri-ciri anti-penuaan & meningkatkan tekstur kulit.Bertindak sebagai anti-penuaan, melembutkan tekstur kulit, melindungi kulit dari radikal bebas & membantu memulihkan kulit berminyak.

ASTAXANTHIN

Musnahkan radikal bebas, agen semula jadi untuk pemutihan kulit.Merupakan agen semulajadi bagi mencerahkan dan memutihkan kulit. Mengandungi fungsi anti-fungal, anti-aging & dapat merawat masalah kulit.

BIRD NEST EXTRACT 

Mengatasi kulit kering & kusam, memutihkan kulit, bertindak sebagai anti-oksidan & anti penuaan. Mencegah masalah kulit kering & kulit kusam. Juga dapat memutihkan,  mencerahkan  & melembapkan kulit.

SAKURA EXTRACT 

Melembapkan kulit & membantu meningkatkan keanjalan kulit, memutihkan sifat. Dapat melembapkan kulit & menegangkan kulit. Juga dapat membantu mengatasi kulit kusam & dapat mencerahkan kulit.

APPLEPHENOL 

Anti-oksidan, anti-penuaan, & anti-radang sifat, memutihkan kulit.Mengandungi molekul poliphenols yang mampu memberi kesan antioksidan, anti radang & anti penuaan. Mengurangkan pigmentasi & mencerahkan kulit.

DEXTROSE 

Dextrose mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga kepada tubuh. Ia juga bebas lemak, kolesterol dan sodium.

Cara Pengambilan Snow Crystal


Snow Crystal nie boleh diambil 2 biji sehari iaitu sebiji pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebiji lagi sebelum tidur..Cara makan Snow Crystal nie semudah ABC, korang kunyah-kunyah terus cantik..Tengok la testimoni dari pengguna yang telah berjaya mengamalkan Snow Crystal nie..












Keistimewaan Snow Crystal


  • Mencerahkan kulit dri dalaman
  • Mengurangkan hormon jerawat
  • Melembabkan kulit.
  • Memudarkan parut
  • Menutup liang pori
  • Mengurangkan kulit yg berminyak
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menegangkan kulit , awet muda.
  • Memutihkan kulit seluruh badan dan wajah

Manfaat amalkan Snow Crystal


  • πŸ‘‰  Kulit lebih cerah 
  • πŸ‘‰Tona Sekata
  • πŸ‘‰ Fade Spot
  • πŸ‘‰ Anti Cela
  • πŸ‘‰ Kulit Berseri
  • πŸ‘‰ Kurangkan Pigmentasi
  • πŸ‘‰ Kurangkan keradangan 
  • πŸ‘‰ Meremajakan Kulit
  • πŸ‘‰ Perlindungan Sinaran UV
  • πŸ‘‰ Agen Pelembab
  • πŸ‘‰ Memperbaharui Sel Kulit
  •  Kawalan Minyak


Selain SC, tak lama lagi produk elldora Majestic Touch Treatment Foundation dan Dermalic Skincare akan berada di pasaran. Dengan bantuan Doktor perubatan dan chemist, maka terhasillah produk elldora yang diformulasi khas untuk mereka yg inginkan produk selamat & natural yang mampu merawat, memutih, meremajakan dan mencantikkan kulit anda.




Nad dah tak sabar nak try elldora Majestic Touch Treatment Foundation dan Dermalic Skincare. Pada korang yang berminat nak beli nad da sertakan maklumat lengkap berkenaan Snow Crystal :-


Elldora Empire

~ Inspire Your Desire ~ 

WEB: www.elldora.com
FB: Elldora Beauty HQ
IG: Elldora Beauty HQ

HOTLINE: 019- 227 1077

Selasa, 20 Mac 2018

PEDIH HULU HATI?JANGAN RISAU G-STORM KAN ADA

Selasa, Mac 20, 2018 3 Comments
Mesti ade dikalangan korang yang pernah mengalami masalah gastrik..Sama juga macam nad..Kadang-kadang bila kita sibuk bekerja mula la waktu makan pun main ikut dan je..Pernah nad tak makan dari pagi sampai ke tengahari last-last sakit perut..Aduiii..tue la padahnya bila tak ambil berat pasal pemakanan nie..Korang jangan main-main tau pasal gastrik nie..Nampak macam tak ada pape tapi kesannye lama kelamaan boleh memudaratkan kesihatan..




Untuk korang yang pernah mengalami masalah gastrik nie, nad syorkan korang minum G-Storm 360 nie sebab ianya bagus untuk mengatasi masalah gastrik korang. Mengandungi 22 makanan tambahan alkali yang cukup ampuh dan kuat untuk melawan gastrik. Rasanya manis semulajadi dan selamat dengan penggunaan stevia..




Sebelum sarapan amik 1 sachet G-Storm 360 nie bancuh dengan air suam..Lepas minum G-Storm 360 perut nad rasa selesa dan badan pun rasa ringan je..Memang best la minum G-Storm 360 nie..G-Storm nie boleh juga dibancuh dengan air sejuk menggunakan shaker..Ikut citarasa korang la bagi nad, nad suka bancuh dalam shaker guna air sejuk..Bila minum rasa segar je badan nie dan buat kerja pun cergas serta bertenaga..


G-Storm bukan sahaja menyelesaikan masalah gastrik, masalah seperti pedih hulu hati, kerap sendawa, sesak nafas, pening-pening, loya, muntah dan badan lemah pun boleh hilang..Kira G-Storm nie sesuai diminum oleh seisi keluarga la..Kanak-kanak, orang dewasa, ibu mengandung dan juga warga emas boleh minum G-Storm 360 insyallah tiada masalah..



G-storm didatangkan dalam 2 botol yang sangat cantik iaitu 300gram yang mengandungi 12 sachet x 25gram = 300gram free 1 sachet premium berry 25gram  manakala botol 600gram pula mengandungi 24 sachet x 25gram = 600 gram percuma 50gram..G-Strom nie boleh diambil 2 kali sehari..

TESTIMONI PENGGUNA G-STORM 360






Sekarang kalau nad kena gastrrik atau mengalami masalah pedih hulu hati da tak risau lagi sebab G-Storm sentiasa disisi..Nad da cuba, korang bila lagi??

Untuk info lebih lanjut korang boleh layari :

FB PAGE : FB DrZara Ellvita

                  FB Page Ellvita Susu Kambing HQ

Hotline : 019-2020911

Website : www.ellvita.com

IG : ellvitahq


#ellvitatastytestedtrusted
#ellvitarevolusibaruprodukberkualiti
#ellvitahouseofnature
#ellvitahadiahterbaikbuatdirimu


Jumaat, 9 Mac 2018

COMEL SI PIPI MERAH

Jumaat, Mac 09, 2018 6 Comments
COMEL SI PIPI MERAH-Datuk Seri Siti Nurhaliza




Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)
Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)

Rabu, 7 Mac 2018

CANTIK DAN SIHAT DENGAN SUSU KAMBING ELLVITA PREMIUM BERRY

Rabu, Mac 07, 2018 21 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Dalam banyak-banyak susu, susu kambing la yang paling nad kurang minum..Sebab apa nad pernah minum dulu rasanya kurang sedap dan berbau hamis tapi setelah nad disyorkan oleh seorang rakan untuk mencuba susu kambing keluaran i-sihat nie tanpa ragu-ragu nad pun cuba sekotak susu kambing Premium Berry.First time minum susu nie serius cakap nad terus jatuh cinta dengan rasanya yang sedap dan langsung xde bau hamis.Apa yang best susu kambing Premium Berry nie sedap diminum time sejuk..Ikut citarasa masing-masing juga kalau macam nad, nad suka minum sejuk bancuh dalam shaker pastu shake-shake kan die terus minum..


Selain susu premium berry nie, terdapat lagi 2 perisa susu kambing nie iaitu susu kambing asli ORGALAC dan susu kambing vanila coklat VACHOC 10 plus.Tapi pilihan nad tetap susu kambing Premium Berry sebab ade perisa strawberi dan rasa buah beri yang segar..Produk ellvita juga ada mengeluarkan minuman untuk mereka yang mengalami pedih hulu hati atau gastrik iaitu G-Storm 360..Nanti kite cite next entry okeyy..

Premium Berry diperkaya dengan 15 ramuan terpilih seperti strawberi, buah beri, kolagen, ekstrak sakura, applephenon, astaxanthin untuk kecantikkan dalaman dan untuk kecantikan luaran pula menggunakan bahan seperti badam, kismis, habbatus sauda, buah tin, delima, za'faran, kurma, madu dan susu kambing.Nak cantik dalam kena la cantik luaran juga gaiss..


Untuk pengetahuan korang semua susu kambing nie menggunakan 100% bahan organik dan tiada sebarang campuran susu krim atau susu lembu..Susu Premium Berry nie juga selamat dimimum sebab tiada perisa tiruan dan bahan pengawet, rendah kandungan gula dan kaya dengan vitamin C. Produk ini juga telah diuji secara klinikal oleh 2 lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)  dan yang penting produk adalah selamat dan dijamin halal..



Cara pengambilan susu Premium Berry masukkan 4 scoop / 1 sachet Premium Berry ke dalam 180ml-200ml air suam dan dibancuh. Boleh juga dibancuh dengan air sejuk kemudian korang shake-shake kan je terus minum.Ikut citarasa masing-masing. Boleh diambil 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam..Pastikan korang minum banyak air masak untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.Bukan sahaja untuk wanita, malah lelaki juga boleh minum susu kambing Premium Berry nie tau..



Korang boleh dapatkan susu Premium Berry nie dalam 2 bungkusan yang berbeza tau iaitu POUCH PACK (Pek Besar) dengan scoop di dalam = 500 gram dan SACHET PACK iaitu satu kotak ada 20 sachet x 25 gram = 500 gram..Tapi untuk Premium Berry nie hanya ada sachet pack sahaja..

Nad da try korang bila lagi??Nak cari susu kambing yang sedap dan tak berbau hamis Premium berry la pilihan terbaik nad..Hope korang enjoy la video seminit dari aku nie..Sebab terlalu sedap sampai susu kambing tue dok kena tang batang hidung aku..haha



Lihat testimoni mereka yang da minum Premium Berry nie :-






Untuk info lebih lanjut korang boleh layari :

FB PAGE : FB DrZara Ellvita

                  FB Page Ellvita Susu Kambing HQ

Hotline : 019-2020911

Website : www.ellvita.com

IG : ellvitahq


#ellvitatastytestedtrusted
#ellvitarevolusibaruprodukberkualiti
#ellvitahouseofnature
#ellvitahadiahterbaikbuatdirimu



Jumaat, 2 Mac 2018

CUTI SEKOLAH - TAMAN BOTANI SHAH ALAM

Jumaat, Mac 02, 2018 5 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

 
Apa khabar ye kawan2 blogger saya?Diharap semuanya berada didalam keadaa sihat hendaknya..Agak lama juga nad tak menulis entry kat sini disebabkan kerja dan masa yang tidak mengizinkan untuk nad berbuat demikian...

Entry kali nie nad nak sharekan pengalaman dan aktiviti yang nad lakukan sepanjang cuti sekolah sempena hari raya cina..

Tentunya ibu bapa dan anak akan teruja bila tibanya musim cuti sekolah nak-nak  lagi bila tiba musim perayaan..Kali nie nad da plan untuk bawa anak-anak bercuti sambil mengenali alam sekitar dan mendekati haiwan dan lokasi yang paling sesuai nad bawak ialah Taman Botani, Shah Alam..

Perjalanan bermula seawal jam 8.30 pagi sebab budak-budak nie teruja bila nad cerita kat sini ada rumah salji. Untuk pengetahuan korang semua, rumah salji juga dikenali sebagai rumah iklim sederhana 4 musim sebab ade 4 musim silih berganti..Dan sekarang nie ialah musim salji dan musim salji biasa nya akan ada pada setiap bulan Disember sehingga bulan February dan akan bertukar musim setiap 3 bulan..Dapatlah budak-budak nie merasa main salji ala-ala kat london giteww..hihii




Harga tiket untuk masuk ke Taman Botani Shah Alam yang dikenakan ialah untuk kanak-kanak RM1 dewasa RM3..Kalau nak masuk rumah iklim 4 musim korang kena beli tiket siap2 kat kaunter tue sebab kalau lambat tak merasa la nak masuk rumah salji..Untuk musim salji harga tiket juga berbeza ye..Kanak-kanak RM3 dan dewasa RM5..

Selesai urusan beli tiket, perjalanan diteruskan dengan menunggu bas..Bas nie akan pickup korang dan akan terus pergi ke rumah iklim 4 musim..Sebelum nk masuk rumah iklim 4 musim tue apa lagi kiteorang pn berselfie la..


Dah puas main salji kiteorang terus berjalan kaki ke taman hiasan dan taman konservasi herba &  tumbuhan ubatan nasib baik la dekat..Kalau nak naik bas korang kena cepat-cepat tunggu kat stesen die sebab bas nie memang padat dan ramai orang..Bagi korang tak nak naik bas, boleh je nak sewa basikal..Tapi tak pasti pula berapa harga sewa basikal kat situ..



Sebelum balik kiteorang singgah ke taman haiwan..Macam ala-ala mini zoo tak besar dan tak kecik..Dapatla timba pengalaman budak-budak nie bagi makan rusa..Beli je daun dan buah betik kat situ dalam RM1 dan bagi rusa tue makan..Macam setahun tak makan dek rusa nie...Hulur je daun terus makan..hihii



Settle bagi makan rusa kiteorang pun terus bergerak balik ke melaka and sambung cuti kat sana pulak..Nantikan entry nad seterusnya bercuti ke melaka..

"Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak".

Jumaat, Mac 02, 2018 1 Comments
Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangadd sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.
Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!
top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom
Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

Selasa, 27 Februari 2018

Dunia Coklat di Harriston Signature

Selasa, Februari 27, 2018 0 Comments


Siapa kat sini penggemar tegar coklat macam aku??Pernah dengar coklat keluaran Harriston??Jom kite intai apa yang best dan menariknya coklat Harriston nie sampai pelancong luar pun sanggup datang sini...

Harriston nie mula ditubuhkan oleh SC Teng pada tahun 2005 dimana beliau sangat suka makan coklat pada usia kecil dan telah memasang impian untuk membuka sebuah emporium coklat terkenal didunia dan kini Harriston telah pun dikenali sebagai salah satu pengeluar coklat terbesar di Malaysia dan telah mengembangkan perniagannya di 5 buah cawangan iaitu 3 di sekitar Kuala Lumpur (Taman Samelin, MATIC Ampang, GohTong Jaya Genting Highland), Penang dan Pahang. Harriston juga sangat dikenali dikalangan pelancong luar kerana coklatnya yang sangat unik..




Untuk pengetahuan korang, Harriston nie telah menyediakan lebih dari 150 perisa coklat antaranya coklat berperisa cili, coklat berperisa kari, coklat berperisa tongkat ali dan yang paling rare coklat berperisa durian.Kesemua coklat nie dihasilkan daripada biji koko yang terbaik dan hanya boleh didapati di Harriston sahaja..Korang mesti try coklat-coklat nie sebab korang takkan jumpa coklat nie kat mana-mana kedai pun..


Coklat paling rare perisa Durian


Coklat berperisa chilli dan Kari


Coklat kelapa


White Chocolate

Coklat berperisa Pisang, Strawberry dan Mangga pun ada


Selain tue, korang juga berpeluang untuk membuat sendiri coklat kat sini..Macam aku sendiri da try buat coklat kat sini dengan anak-anak aku..Memang have fun sangat..Nie la hasil dari coklat yang kiteorang dah buat..Biarpun rupa tak lawa tapi yang pasti rasa tue sedapp..Untuk korang yang nak cuba buat sendiri boleh datang dan harga untuk DIY tue dalam RM35 seorang..Kira berbaloi la dengan harga tue sebab korang dapat buat lepas tue boleh bawak balik.Peralatan semua disediakan..Datang bawa badan aje..okk..


Hasil coklat yang telah dibuat
             

Kemain seronok lagi anak dara dapat buat sendiri coklat


Selain itu, Coklat Harriston nie juga sesuai untuk dijadikan hadiah anniversary, birthday atau untuk diberikan sebagai cenderahati kepada yang tersayang..Confirn yang dapat nie senyum lebar dan makan tak ingat sebab coklat nie mempunyai rasa yang tersendiri tak terlalu manis dan rasanya sesuai ngn tekak aku..





Ada juga aku selitkan video masa aku kt Harriston Signature hari tue..Hope korang enjoy!!!





Waktu perniagaan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :-


#harristonchocolate
#drLife
#drLifeinfluencer
#drLifecampaign
#parentandkidworkshop