Ahad, 17 September 2017

Aktiviti Hari Malaysia

Sempena Hati Malaysia, aku da plan nak bawak anak-anak datang ke padang jejarum bukit beruntung rawang sebab ada pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya pertandingan mewarna, sukan rakyat, zumba, cabutan bertuah, soopa doopa, mini zoo, food truck, pameran kesihatan dan ada juga dari agensi badan kerajaan yang lain yang turut serta.

Pagi-pagi lagi anak aku da bangun kejutkan aku..So apa lagi da tengok punya semangat anak aku nak p aku pun bersiap-siap.Seawal jam 10 pagi kami pun sampai terus terjah booth kelab rekreasi mdhs sebab dekat sini diorang ada buat colouring contest dan juga sukan rakyat..

Lepas singgah booth rekreasi td kami singgah pula ke booth pemeriksaan gigi percuma untuk 2 orang puteri aku nie..Cek gigi aje pn ade juga budak-budak yang menangis, bukan kena cabut pun..😅 tapi tabik la kat 2 orang putri aku nie sebab diorang berani..

Kemudian kiteorang singgah ke booth mini zoo..Tak dapat nak ambil gambar sangat sebab bateri fon aku nie da tahap kritikal..padahal da cas penuh tapi tak sampai 2 jam da kurang..memang ada masalah fon nie minta bateri baru agaknya..😂

Last sekali kiteorang try food truck yang ada dekat sini..Not bad la harga die dan rasa makanan dekat sini pun berpatutan la..Yang penting fulussnya kena lebih sebab da ada anak nie macam-macam permintaan yang diowang nak.Tapi tak apa la layankan jela janji anak-anak happy aku pun happy..

Sekian sahaja coretan aku untuk entry kali ini..Selamat Hari Malaysia yang ke 54

#SAYAANAKMALAYSIA
#SAYASAYANGMALAYSIA😘

Selasa, 12 September 2017

Rabu, 6 September 2017

PEMENANG MINI GIVEAWAY TOPUP BY NADIA






 Akhirnya mini giveaway topup by Nadia telah pun berakhir pada 31 Ogos yang lalu. Alhamdulillah giveaway ini mendapat sambutan baik dikalangan kawan-kawan blogger. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi join giveaway dan support GA saya..Untuk pengetahuan semua, ini merupakan GA saya yang pertama kalinya.Tujuan giveaway ini dibuat adalah untuk berkongsi rezeki bersama kawan-kawan blogger yang lain.  Mesti korang da tak sabar nak tahu siapa yang menang kan??Korang boleh check nama kat SINI

PEMENANGNYA ADALAH !!!!!

!
!
!
!
!


PEMENANG TOPUP RM10 X 3

https://messarah.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html

http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html

https://merahcekelat.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html



PEMENANG TOPUP RM5 X 4

 http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html
http://www.syuhadasalleh.com/2017/08/30/mini-giveaway-nadia/

https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html

https://farhannajafri.blogspot.my/2017/08/mini-giveaway-by-nadia.html




TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang tak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di next GA saya yang akan datang insyallah..


Kepada pemenang, anda boleh WHATAPPS 017-6085896 kepada saya url blog, no cabutan dan nama rangkain telco yang anda gunakan selewat lewatnya sehingga jumaat ini 08/09/2017