HOME FAMILY RECIPE BEAUTY LIFESTYLE REVIEW TIPS

Isnin, 28 November 2016

FREE PIGMENTATION FACIAL PACKAGE FROM SHAKURA

Isnin, November 28, 2016 0 Comments

Tuah manusia xsiapa yang tahu..Tue dia, bukak email dapat good news..5 lucky winners..Pas da isi semua maklumat yang diminta xlama tue ade staff diorang col..Ape lagi set appoitment terus la..haha

Serius aku pn macam xcaya nk bg free buat facial treatment..Kang xpasal2 kna bayor..Aku tnya sekali lagi staff diorg tue cakap confirm free..Xpuas hati lagi aku pn search n gogel2 la page die nie..Sekali mmg betul free..Sebab ade orang da p try..Kebarangkalian kena tipu tue harap harap tak ade la..

Jumpa kt the curve ye 18.12 nie..xsabar nk try..free plak tue sape yang tak nak kan..Nanti aku share testimoni die ye...daa

Isnin, 21 November 2016

MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS

Isnin, November 21, 2016 0 Comments
MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 23-27 November 2016 | Alamanda Shopping Centre Putrajaya



Hai kawan-kawan!

Siapa nak menari dan menyanyi bersama maskot Didi & Friends
Buat kali pertamanya Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini yang diceriakan oleh Caliph Kids Expert.

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 5 hari dari 23 November sampai 27 November (Rabu - Ahad) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda semua. Antaranya adalah :
- Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
- Karaoke Lagu Didi & Friends
- Pertunjukan Musikal
- Ramah Mesra Bersama Maskot Didi & Friends
- Bercerita
- Pemberian Hadiah
- Jualan Barangan Didi & Friends
- Pertandingan Mewarna
- Dan banyak lagi

Jom datang beramai-ramai ke Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan, saudara mara untuk memeriahkan lagi mini karnival ini.

Ibu bapa, jom bawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends pada hujung bulan November ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Jumpa anda di sana! Hora Horey!


Jumaat, 11 November 2016

PERTANDINGAN BLOG

Jumaat, November 11, 2016 5 Comments

Hadiah melebihi RM8 ribu menanti korang ! Tak nak ???


Untuk blogger jer.. Bukan blogger nak gak ke ? Ok.. sila jadi blogger dulu. Hahahaha.. Tapi boleh je baca dan bagitau kat kawan kawan korang.

image

Contest ni sangat mudah jer ! Korang tak perlu kuarkan modal. Semuanya akan diberi secara PERCUMA ! Korang cuma perlu menulis mengenainya saja..
Produk apa ? Pernah dengar tak MINYAK HERBA ASMAK ? Kalau belum , sila baca dulu dan pahamkan mengenai produk ni terlebih dahulu. Senang je kan ?
Apakah hadiahnya ? Camana nak join ? Ok.. kasi zoom banner ni yer ! Kasi terang terang baca ! Tak nampak ? Ok.. aku kasi tauuu ehh..
  • Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia !
  • Artikal berkenaan produk Minyak Herba Asmak
  • 2 kategori iaitu SEO TERBAIK dan ARTIKAL TERBAIK
  • Pertandingan bermula 7HB NOVEMBER hingga 31 DISEMBER 2016
Faham dah ? Camana nak join ??? Mudah jer..

image

Terma dan Syarat :

Fahamkan dan ikuti langkah dengan betul yer !

1. Pendaftaran bermula pada 7 November 2016. Untuk pendaftaran, sila taip 'Nak Join Contest Blog' dan hantar Whatsapp ke no 019-9708897.
2. Pihak syarikat akan poskan Minyak Herba Asmak untuk dipakai dan review, bagi yang belum pernah mencuba produk ini.
3. Blogger yang sudah berdaftar akan dimaklumkan link website rasmi untuk mendaftar secara rasmi (jika perlu).
4. Blogger akan dimaklumkan satu tarikh yang dibolehkan publish artikel. Bagi yang publish lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, akan dikira batal.
5. Selepas tamat tarikh pertandingan, panel yang akan membuat pemilihan akan mencari artikel yang berada di ranking teratas Google dengan menggunakan beberapa keyword iaitu
(a) Minyak Herba Asmak,
(b) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd,
(c) penawar asma pada bayi ,
(d) penawar asma dan
(e) minyak asmak.
6. Pemenang dijangka diumumkan awal Januari 2017.

Hadiah-hadiah yang sedang menanti para blogger ialah :
HADIAH KATEGORI SEO TERBAIK
Tempat Pertama : Wang tunai RM2,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
Tempat Kedua : Wang tunai RM1,500 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan
5 Hadiah Saguhati : Wang tunai RM300 + hadiah sampingan.

HADIAH KATEGORI ARTIKAL TERBAIK

Tempat Pertama : Wang tunai RM1000
Tempat Kedua : Wang tunai RM500
Tempat Ketiga : Wang tunai RM300
5 Hadiah Saguhati

Ok ? Menarik ? Sebarang pertanyaan , jangan tanya aku !
Sila whatsapp ke HOTLINE : 019 970 8897
Amacam ? Senangkan ? Jangan lupa sharekan entri ini di Facebook korang ! Dan buat yang terbaik ! 

Khamis, 10 November 2016

MUZIUM 3D ART SEKINCHAN

Khamis, November 10, 2016 4 Comments
Hari nie nak story pasal sekolah tabika kemas telipot anak aku..Semalam sekolah diowang ade buat lawatan ke muzium 3D Sekinchan..Tapi disebabkan anak aku da cuti awal so tak dapat la aku nak join..Pape pun aku nak payung beberapa pic kot ade yang teringin nak p sini time cuti sekolah nanti..Dekat pun dekat..Sebelum aku terlupa, nie harga tiket masuk sini..Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun free..Dewasa RM15.00 dan kanak-kanak atas umur 8 tahun ke atas RM12.00


















Rabu, 9 November 2016

PARTIME JOB WITH EN HUBBY

Rabu, November 09, 2016 0 Comments
Cite malam tadi..balik keja xdan nak buka baju keja en suami datang tergesa-gesa minta tolong ikut die..Bila tanya die cakap ikut je..aku pun capai tudung terus sarung n ikut die..Aku bawak keta die bawak motor..Rupanya die suh p MK antar keta sebab ade orang nk sewa..Tue citer die..Atleast ade jugak side income walaupun tak banyak..Nak xnak kena la berkorban kalau nak sama-sama senang dikemudian hari nanti..

Takdela macam sorang lagi tue..Kejanye tau mengangkang kat rumah tunggu duit jatuh dari langit.Xde usaha langsung nak ringankan beban suami..Hidup ko nie memang suka sangat menyusahkan orang kan..Dapat duit jalan sana sini..Tayang gigi besi perasan cantik sangat la tue..Weii kalau xde duit tue buat cara xde duit la..Xpayah nk over sangat la weii..Ada ko tau laki ko susah ke senang ke?Xmakan ke?Hutang sana sini?Yang ko tau semua benda ade depan mata..Xsedar diri betul..Datang pun tak diundang lagi xsedar dek untung..Minta pupus la orang macam ko nie..

Makan pakai pun cukup-cukup nak berlagak macam la laki ko tue anak dato..Jangan nk over sangat la weii hakikatnye tak seindah yang disangka pun..Mana yang tau kisah hidup aku nie diowang akan paham n tau nape aku rasa macam nie..Xkan ade sorang prempuan pun yang nak kan takdir hidup dia jadi macam nie..Tapi aku percaya allah adalah sebaik baik perancang..Cuma aku minta dikuatkan hati untuk teruskan hidup nie..

Bukan senang nak senang..Ye..aku je yang nampak susah sekarang nie..Insyallah mudah-mudahan allah melimpahkan rezeki yang luas buat aku dan keluarga..Aku kesian tengok en suami bersusah payah untuk menyara aku dan anak-anak..Dengan keadaan ekonomi macam nie..Bertabah la wahai hati..

Isnin, 7 November 2016

POST ANAK KE MELAKA

Isnin, November 07, 2016 0 Comments
Dengar tajuk pun da lain macam je bunyi ye...hihi...actually anak aku yang sekolah tadika si sara and eisya dengan rasminya diowang da start cuti sekolah awal dari yang sepatutnye..Haha..advance nye anak aku cuti sekolah kan..bukan ape..da alang-alang suami aku nak balik melaka so kiteorang pn kirim la cucu-cucu tok melaka dok sana sampai lebam..yela..nak balik time hari biasa memang tak dapat la kan..So tinggal la aku, kakak putri n aiman..Kakak putri sekolah lagi..nak pulang buku teks sekolah pn xlepas lagi nie nk cuti..Teman mama kat rumah nie lagi bagus xde la adik aiman sorang-sorang nanti nak main..

Nanti cuti mama tengok kamu ye sayang..Jangan nakal-nakal tau..Baru 2 hari dok sana korang da p mandi manda ye..Jeles kakak putri kalau die tengok nie..


Thanks mak tam bawak sara n eisya p mandi

Mandi sampai kecutt..

Jangan nakal-nakal tau sayang


Selasa, 1 November 2016

HAPPY ANNIVERSARY

Selasa, November 01, 2016 0 Comments
Happy anniversary yg ke 8 tahun..alhamdulillah hingga ke saat ini allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup bersama dengan insan tersayang dan anak-anak yang comel dan bijak..Bermacam2 dugaan dilalui sepanjang 8 tahun nie..Suka duka susah senang tetap bersama..Hanya allah yg tahu betapa susahnye aku mnjalani hidup sebagai isteri kepada Mohd Farizaatul Akmar..Smoga allah panjangkan jodoh dan ikatan perkhwinan kami hingga ke akhir hayat dan berikan la aku kekuatan dan ketabahan hati untuk meneruskan perjalanan yg tiada henti ini hingga ke nafasku yg terakhir..Aku tahu perancangan allah adalah yg terbaik untukku..Smoga aku terus tabah..

Untuk mu wahai ankku,aku kuat demi kamu sayang..Kamu adalah nyawaku,hartaku yg xternilai..Insyallah mama akan jga amanah ini dengan sebaik-baiknya..Jadilah anak yang patuh pada agama, taat pada perintah allah dan dengar cakap mama & ayah serta boleh membanggakan kami sekeluarga..Mama ayah sayang kamu nakk..

Kepada suamiku, sayang harap abang dapat menjadi seorang ketua keluarga yang mampu membimbing keluarga kita ke jalan yang betul, jalan yang diredhai oleh allah s.w.t..Menjadi contoh dan ikon yang baik buat anak-anak kita..Semoga kita sekeluarga akan terus bersama-sama dalam apa jua keadaan sekali pun..

Selama 8 tahun jugak la kita telah sama-sama jatuh dan bangun mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sampaikan 1 tahap sayang xmampu nak teruskan tapi abang tetap berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kita..Sayang nampak usaha dan pengorbanan abang untuk mempertahankan keluarga kite nie..

Insyallah jika dipanjangkan jodoh,kite jumpa lagi di next entry..Kite throwback ngn picture 8 tahun lepas..


My father n mother in law
Saat sah bergelar isteri

Dup Dap tunggu tok kadi sampai
Sign surat nikah

Sweet memories

Love you en suami..


Anak dara no 2 Qaisara 6 tahun

Anak sulung saya Putri 7 tahun

Anak dara saya yang no 3 aleesya 5 tahun
Anak bujang kesayangan mama ayah 1 tahun 3 bulan